Saturday, October 16, 2010

Sistem pendidikan dirombak

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sistem pendidikan negara akan dirombak dengan penekanan diberi kepada daya pemikiran, sahsiah diri, kreativiti, inovasi serta daya saing yang tinggi.

Bagi tujuan itu Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan sudah meluluskan dana sebanyak RM6.4 bilion bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, peralatan serta memartabatkan profesion guru.

Pada masa yang sama beliau memberitahu, tambahan sejumlah RM213 juta turut disediakan bagi memberi ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi, pengetua, guru besar serta guru yang cemerlang.

“Kerajaan tidak akan berdikit dalam soal pendidikan dan kita juga tidak akan berkompromi dengan kualiti sistemnya. Mereka (anak-anak) akan disediakan dengan segala kelebihan untuk bersaing,” katanya semasa membentang Bajet 2011, di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Najib menegaskan, bidang pendidikan harus bersifat melangkaui fahaman politik kerana setiap anak Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum, adalah aset dan warisan masa depan negara.

Sehubungan itu katanya, kerajaan menyediakan dana pembangunan RM250 juta kepada sekolah bantuan modal agama, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, SJK Tamil, sekolah bantuan modal Mubaligh dan sekolah bantuan di seluruh negara.

“Bagi mengiktiraf Pendidikan Islam pula, kerajaan bersetuju bagi membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat sama ada rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta.

“Manakala, bagi menyediakan guru dan tenaga pengajar kompeten serta berkualiti agar dapat membimbing dan mendidik pelajar dengan baik, RM576 juta diperuntukan dalam bentuk biasiswa untuk mereka melanjutkan pengajian,” katanya.

Mengenai usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar pula, Perdana Menteri memberitahu, kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru asing dari United Kingdom dan Australia.

Sementara itu, Najib menambah, pembangunan modal insan di peringkat kanak-kanak juga tidak dilupakan apabila sebanyak RM111 juta disalurkan untuk Program Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak (Permata).

“Peruntukan ini antaranya bagi pembinaan Fasa Kedua Kompleks Sekolah Permata Pintar, membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN), membiayai operasi 52 PAPN serta meneruskan program Permata Pintar,” katanya.

Tuesday, October 12, 2010

Taklimat Modul Pentaksiran Perkembangan Murid Prasekolah





TAKLIMAT PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID PRASEKOLAH

Tarikh : 12 Oktober 2010
Tempat : Dewan PPS, Lorong Sanzac, Sembulan Kota Kinabalu Sabah
Sasaran: Semua guru-guru prasekolah dari daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang dan juga Ranau

Penceramah :

  1. En. Tajul Effendy Hassan (Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM)
  2. En. Mohd. Azahar Madar (Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM)

Pengisian Taklimat :

  1. Penjelasan tentang Modul Pentaksiran Perkembangan Murid
  2. Proses Menjalankan Pentaksiran-Kajian Tindakan, Senarai rekod2
  3. Pentaksiran Dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
  4. Bengkel/Skrip Bahasa Inggeris utk setiap slot PnP

Wednesday, October 6, 2010

Kursus Peningkatan Profesionalisme Bahasa Inggeris bagi Guru-guru Prasekolah Siri 2/2010



Kursus BI berlangsung di Borneo Paradise, Kinarut Papar selama 3 hari 2 malam bermula 4 hingga 6 Oktober 2010. Kursus ini adalah gabungan guru2 dr pelbagai daerah di Sabah, KK, Penampang, Tuaran dan juga Ranau...seronok dpt jumpa kawan2 bari dr daerah yang berlainan....

Friday, August 20, 2010

Last day practical --->PISMP IPGM Kent


Rasanya mcm kejap je masa berlalu, 2 org pelatih guru PISMP IPGM Kent telah tamat praktikal Fasa II... banyak kenangan semasa mereka menjalani latihan praktikal di sini...

Monday, August 9, 2010

Good Bye Cikgu Rosidah and Cikgu Juarah



Perhimpunan arini merupakan pehimpunan yang terakhir bagi 2 org guru SK Laya-laya, mereka akan berpindah pada minggu ni, Cikgu Rosidah ke SK Mengkabong sementara Cikgu Juarah, PK 1 kembali ke Papar....hilang sorang kawan yg sama2 mula berkhidmat di SK Laya-laya, juga rakan sebatch di Kent...Gud bye..selamat maju jaya di sekolah baru...

Monday, June 28, 2010

Guru Pelatih baru

Bermula arini hingga 2 bulan yg akan dtg, 2 org pelatih guru PISMP dr KENT akan mengajar murid prasekolah SK Laya-laya....
Cikgu Razwan dan cikgu Norhayati, teruskan semangat anda utk menjadi seorg pendidik yg berdedikasi

Wednesday, May 19, 2010

Karnival Sukan Prasekolah Daerah Tuaran 19 & 20 Mei 2010


Tempat: SK Kauluan Tuaran
Tarikh: 19 dan 20 Mei 2010

Saturday, May 8, 2010

Tak larat yang amat

sejak disahkan positif ni, mmg sungguh tak larat, nak mengajar pun tak larat, nak sediakan BBM pun tak larat..apatah lagi nak bercerita kt blog pra ni..bersawang dah..apatah lagi PPM pun tak larat sama..memanjang je di dapur..adui pening...next year, awal2 tahun, prasekolah Raya ni sunyilah, guru dan PPM masih cuti bersalin time tuh...skrg ni mengantuk je memanjang....

Kawan2..tunggu ajelah cite 19 dan 20 Mei ni, kami guru2 prasekolah daerah Tuaran akan mengadakan Karnival Sukan Prasekolah....budak2 pun sudah dilatih..harap2 sangkutlah medal mcm tahun lepas....

Thursday, April 29, 2010

Bengkel Latihan Sistem Maklumat Prasekolah

Arini ada Bengkel Latihan Sistem Maklumat Prasekolah dari jam 830 till 5pm.....huyoooooo lamanya

Friday, April 16, 2010

Mini Sukan Prasekolah

keadaan padang yg basah selepas hujan pada sebelah paginya...(Arini je hujan b4 this mmg panas memanjang)

Acara Lari 50m...dimenangi ole Adik Afdal

Cikgu Linda tgh sibuk mengikat reben di tangan ikut rumah/kumpulan masing2

Alhamdulillah, Mini Sukan Prasekolah SK Laya-laya berlangsung dgn jayanya even pada sebelah pagi tu mmg hujan lebat dan padang basah (diaorg ckp hujan dr Subuh lg...mama budak siap sms tanya jd ke tak time I baru nak mandi g sekolah...heheheh)....so, terpaksalah ditunda pada jam 8.oo pagi menyebabkan acara-acara terpaksa dilakukan dgn sepantas2nya...

Antara acara yg dipertandingkan (mengikut acara semasa Karnival Sukan Daerah Tuaran thn 2009):

Lari 50m L/P
Lari 50m x 4 L/P
Bola di Air

Boling Padang

Menjaring gol

Menjaring Bola


pengadil2 pula diimport dari kalangan guru2 pelatih yang hari ini juga merupakan kali terakhir mereka praktikal di sekolah, kiranya tugasan kali terakhirlah tuh....(kuranglah penat sket..heheheh)...tq kepada semua yg terlibat secara langsung dan tak secara langsung tuh....murid2 tahap dua yg disuruh angkit PA system tuh, kena angkut kerusi dr pra tuh..cikgu ucapkan terima kasih byk2...

Thursday, April 15, 2010

Preperation for Mini Sukan Prasekolah




Bila cikgu nak gantung banner ni cikgu?

Kagum tgk banner ada Mickey Mouse

kaum ibu tgh sibuk membungkus hamper yg disponsor sendiri

Wednesday, April 14, 2010

Last day kena observe

Linda, Azdmi dan pensyarah pembimbing Cikgu Ramlah