Monday, December 28, 2009

meeting dan hantar rph

arini kul 8am ada meeting, tak lah formal sgt, dekat kul 9am baru nak start meeting...masih tidak ramai lg guru2 yg dtg..terutama yg pulang ke semenanjung...ustazah yg mengantikan ustazah siti sudah pun hadir..Gb pun turut mengumumkan bhw cikgu Hafidah akan menggantikan tempat mendiang cikgu Hazlen sbg PK HEM buat sementara waktu..nak pegi sekolah pagi ni dalam hati masih lg takut2, dihantui oleh peristiwa yg berlaku sehari sebelum cuti sekolah tu...hati mmg tidak tenang...meeting pun habis dlm jam 10 lebih, g hantar rph then singgah pra jap ambil polystrene (utk buat time table) dan printer (utk isi cartridge baru),
Sabtu ni ada pendaftaran dan juga ada gotong royong membersihkan kawasan sekolah.. dah tempah bbrp org budak utk tolong kemas kelas prasekolah nati...mau sorting brg mainan, then masukkan dlm bakul...

Saturday, December 26, 2009

Drilling Softboard aka meeting with frens

arini g sekolah jap, bawa abg dan Aqil utk tolong pasang softboard kt dinding, dah hampir setahun tak tergantung...beli drill baru semata2 nak pasang...tgk2 keadaab pra, aduh..pening tgk..punyerlah kotor, kt blkg pra sayur-sayuran tumbuh dgn jayanya..tak sanggup tgk...malu plak dgn cikgu2 yg dtg tuh...

sambil2 tu Cikgu Noor dan Cikgu Norasinah nak dtg utk copy rpt yg baru dibeli dr cikgu Fauziah... share2 bayar...hehehe..oklah...diaorg kata dtg mau ambil nyawa..haha...lega rpt dah siap..cuma nak susun utk buat rph lagi..pening jugak bbrp kali liquid buku rekod tu coz tak biasa tulis style rph baru ni, dulu ada kotak2, skrg mcm style point2/karangan sket plak...harap mengajar thn dpn oklah..cuma cuak sket coz ink fotostat dah habis dah..adui.pening lagi..

Wednesday, December 23, 2009

2 CD yang ditunggu2 dah sampai!! Hoye!!!!


MySpace

Alhamdulillah, akhirnya barang2 yg ditunggu dr minggu lepas akhir selamat sampai ke tangan saya...TQ Sarah Rahim dan Kak Fauziah, guru pra SKDUA...brg2 yg ditunggu adalah CD RPT KSPK dan cloth diapers (CD) Aqil.....lenguh menunggu...semalam dpt call dr bhgn bungkusan KK dtg suruh tuntut brg... hai ini sudah bagus...pegi2 sana rupa2nya brg2 dh lama sampai, cuma bermasalah sket...hahahah rupa2nya diaorg salah tulis no. rumah, org pos tak dpt trace no rumah, nasib ada no phone di bungkusan tuh....sorg tulis no.10, sorg lg tulis 191, instead of no. 19....hahahaha sabor ajelah....tak pe, janji brg selamat sampai...

Siap beli hanger khas utk CD AQil...heheheh

CD Aqil pun sudah selamat dibasuh, ptg nati bolelah pakai pd tuannyer..hehehe tak sabor ni... mama yg lebih2, nak share dgn baba Aqil beli, kalu ok mau tambah lg..jimat..rugi tak guna awal2 dulu...kalu tak setiap 2 minggu beli pampers DIAPERS, dhlah kt KK ni brg serba mahal....

Arini pun atar Aqil ke taska, kalu tak kacau mama buat kerja, fuh....print..print...print....
mahu habis ink sudah...MySpace
kerja edit mengedit
Ada separuh yg telah siap di print, printer pun buat hal sket..demam dia..hehehe

CD2 tu simpan dulu dlm plastik CD Aqil yg Sarah bagi..hehehe..natilah beli "rumah" dia,


tererlah kak g, tabik hormat kerana berjaya menghasilkan cd rpt dan cd lembaran kerja MySpace...mmg sungguh memuaskan...nasiblah ada yg rajin buat, kalu nak tunggu saya, hai tak tahu sampai bila, dgn pening2 kspk yg tak habis2...huhuhu... dr menyemakkan kepala better kita refer pd yg PAKAR...hehehe alhamdullilah...syukur sgt2...tidaklah risau lg...
yg sign or banner tu pun ada jugak saya download dr web yg sama, tp yg kak gee bg lg banyak...berbaloi2 tuh...huyoooooooo...

mmg kerja keras kak gee sangat saya hargai...mmg tak setanding dgn harga yg diberikan....mesti kak g tak tidor mlm ni nak siapkan kerja utk kami...huhuhu minta halal yer...hehehe
Doakan saya berjaya mendidik murid2 saya dan harap semua murid saya next year tidak ada lagi yg buta huruf....AMINNNNNNNN...

note: hehehe cute plak letak Onion Icon tuh, kasi gempak sket...utk menambahkan perasaan tatkala baca blog ni, cute..tengok Cikgu Chekgu Yus pun ada gak...tiru ajelah...hehehe

Saturday, December 19, 2009

Prewriting skills tips for parents and teachers


Our EarTwiggle's Pre-writing Practice workbook assumes that your child can draw simple lines with a pencil.

A short, soft pencil is easier for small children to hold. If your child is not yet accustomed to using a pencil, a crayon is a good starting tool.

Holding a pencil properly can be difficult for a child who does not yet have enough strength in his or her hands and fingers. Use these fine motor skill activities to help strenghten your child's hand and fingers.

Help your child use relaxed rather than cramped movements as he or she writes.

Demonstrate how to properly grip the pencil between the thumb and pointer finger, letting the pencil rest on the middle finger.

Teach this skill gradually so that your child retains interest and does not become overly tired. To help your child relax, have him or her shake the hands, make drawings in the air, or roll a piece of clay inside the hands.

Keep the writing lesson short — five to fifteen minutes is plenty of time for practice. Stretch the amount of pencil time by incorporating drawing and coloring.

Give a lesson daily, or at least three times a week with our fun pre-writing skill worksheets.


How to hold a pencil correctly

Put the pencil on the bending middle finger between the joint part of the thumb and forefinger.

Have your child grip the pencil with thumb and forefinger.
pencil grip

Check the way your child is holding the pencil against the picture.



Make sure your child doesn't have a tense grip holding the pencil. Use a break to relax by shaking the hands, make drawings into the air or rolling a piece of clay inside the hands.

Is the pencil grip too tight? The three fingers should gently grip the pencil. Use a break to relax by shaking the hands, make drawings into the air or rolling a piece of clay inside the hands.

Tension indicates weak fine-motor skills. Have your child try some of these fine motor skill activities.

Regular Practice. Practice daily if possible, keeping the lessons short. Add coloring or drawing instructions to your pre-writing practice.



Tracing preschool

The Pencil Grip positions the fingers correctly on the pencil. We've found that children like these colorful soft grips, which makes learning the correct grip a bit more fun!


Preschool fine motor skills activities

The following activities support young children's fine motor development and will help to build the strength and will enable your child to make precise movements necessary to hold a pencil appropriately.

Molding and rolling play dough into balls - using the palms of the hands facing each other and with fingers curled slightly towards the palm.

Rolling play dough into tiny balls using only the finger tips.

Using toothpicks to make designs in play dough.

Tearing newspaper into strips and then crumpling them into balls.

Lacing and sewing activities such as stringing beads.

Using eye droppers to "pick up" water.

Play with Legos, miniature cars, small blocks, action figures, and other small toys.

Working puzzles

Rolling small balls out of tissue paper
, then gluing the balls onto construction paper to form pictures or designs.

Preschool cutting activities

Cutting activities will exercise the very same muscles which are needed to hold and control a pencil. By planning scissor activities of varying complexity you can help children develop and strengthen their fine motor skills.

Other Activities: Wheelbarrow walking, crab walking.

Clapping games

Connect the dots activities

Trace around stencils

Work on a chalkboard

Paint at an easel

Make crafts using scissors and gluing

Finger painting

Tying bows or tying shoes

Remember, every child will acquire the fine-motor skills needed for handwriting in a different time table. The more your child uses her fingers in activities, the sooner she will master these skills.

Wednesday, December 16, 2009

Guru Sarjana dan Phd perlu insentif...WOWW...

tgh2 jenguk blog kawan terjumpa plak satu artikel ni....

MySpace
mmm... menarik gak...alangkah bagus kalu cadangan ini dapat dilaksanakan...bolelah bayar utk kos masa ambik master dulu...huhuhu..hutang RM17k++ tuh...
ramai gak kwn2 yg ada master tp last2 ambik KPLI/J-Qaf such as Kak Gee, Faizah, Eza, Normadiah dan ramai2 lg geng2 MLIS yg lain yg jadi ustaz/ustazah...

Guru Sarjana dan Phd perlu insentif

Hazayani Zakaria:

KUALA LUMPUR, 14 Dis: Dr. Mujahid Yusuf Rawa (PAS-Parit Buntar) mencadangkan agar kerajaan memberikan insentif kenaikan gaji kepada guru-guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Phd) sebagai dorongan kepada guru-guru lain untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Mujahid sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan rakyat pagi tadi memberitahu, kebanyakan guru berkelulusan Sarjana dan Phd yang ditemui menyuarakan kekecewaan kerana tiada sebarang keistimewaan diberikan kepada mereka di sekolah.

"Saya cadangkan guru-guru yang ada Sarjana dan Phd diberi anjakan gaji oleh kerajaan sebagai dorongan kepada mereka.

"Kalau tidak ada sebarang keistimewaan, bagaimana mereka hendak mendapat dorongan untuk menyambung pengajian," soalnya.

Mujahid turut meminta kerajaan meletakkan satu tangga gaji kepada guru-guru yang mempunyai Sarjana dan Phd di setiap sekolah selain menetapkan bilangan guru yang mempunyai kelulusan berkenaan di setiap sekolah.

Ini katanya sebagai motivasi kepada guru-guru untuk terus melanjutkan pengajian ke peringkat tertingggi.

Sebelum itu Mujahid meminta Menteri Pelajaran Malaysia menyatakan bilangan guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah di Malaysia.

Beliau juga ingin tahu samaada kerajaan bercadang atau tidak untuk memberi keistimewaan kenaikan pangkat atau anjakan gaji kepada guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.

Timbalan Menteri, Datuk Dr. Wee Kaa Siong (BN-Ayer Hitam) dalam jawapannya memberitahu, dalam kalangan guru yang mempunyai kelulusan Sarjana dan Phd, pengetahuan, pengalaman dan kepakaran mereka dapat dimanfaatkan melalui perkongsian ilmu dengan guru-guru lain di sekolah.

Kementerian juga menyediakan peluang atau ruang yang luas kepada pegawai-pegawai ini melalui urusan kenaikan pangkat sebagai Guru Cemerlang an Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Kolej Matrikulasi.

Kementerian juga memberi keutamaan kepada pemegang ijazah Sarjana dan Phd untuk mengisi jawatan sebagai pensyarah di institusi berkenaan.

Sementara itu, Datuk Ismail Mutalib (BN-Maran) berkata, guru-guru ketinggalan dari segi kenaikan pangkat.

Beliau turut meminta agar Kerajaan memberikan kenaikan gaji kepada guru sama seperti pegawai-pegawai kerajaan yang lain.

Harakah Daily: 15 Disember 2009

Monday, December 14, 2009

Alamak...banyak yang hilang

Ala.....sabar ajelah...inilah sebab gatai sgt nak kan blog 3 column, byk info yg hilang...MySpace
satu keje plak nak cari balik...sabor ajelah
MySpace

Friday, December 11, 2009

BLOGging and FBing

Cuti-cuti sekolah ni duk rumah ajelah...tapi ari2 online...apa lg surf blog kawan2 dan FB lah... tgk2 ada jugak murid2 kt sekolah tu yg join FB...emmm budak2 skrg ni advance betul yer...cikgu harap jangan sampai melalaikan pelajaran ok, mentang2 cuti sekolah yer...
Sepanjang cuti ni, selalu gak jenguk2 blog preschool teacher...mmg rajin dan kreatiflah diorang ni, adalah semangat sket nak update blog ni...Arini jupa satu blog cikgu ni, mmg menarik...



before this selalu jenguk blog cikgu Fauziah SKDUA, mmg bagus blog dia...
tgh jenguk2 blog Chekgu Yus,saya jumpa satu web yg sangat menarik..mmmm best kalu mau deco class..

click on printscreen to view this page




Friday, December 4, 2009

Bengkel Peningkatan Professionalisme Guru, SMK Sri Nangka






Pada 3 dan 4 Dis, kami guru2 prasekolah daerah Tuaran telah mengadakan Bengkel Peningkatan Professionalisme Guru, SMK Sri Nangka.Telah dirasmikan oleh pegawai PPD Tuaran sendiri.
Tujuan bengkel ini adalah sebagai pengukuhan setelah kami menjalani kursus KSPK di Tang Dynasty Park tempoh hari. Ujian bertulis telah dijalankan bagi mengetahui sejauh mana kefahaman guru2 terhadap kurikulum baru tersebut.

Tuesday, December 1, 2009

Aktiviti sepanjang KSPK 2009, Tang Dynasty Park KK









Bengkel diadakan setelah selesai setiap sesi slot ceramah....then of courselah we need to present it...as usual..Kami dari kumpulan 10, tp kdg2 dipanggil kumpulan 9 plak mmg dari guru2 yg hebat dan kretif belaka...huhuhu mmg hebat2lah guru2 pra ni, on the spot je dpt idea utk present, a lot of experiences compare than me yg br setahun jagung ni...we all can see it..I'm weak and lost in term of experience even though I got my diploma pendidikan (KPLI), my degree and my master...I lost...So, I need to gain more knowledge from these "tok/nek guru"...korek2 rahsia diaorg mengajar mcm mn...TQ a lots kakak2 atas ilmu2 tersebut...

Kursus Orientasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2009, Tang Dynasty Park Hotel, KK, Sabah

Kursus Orientasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Pada 20 Nov till 1 Dec 2009, kami semua guru2 dari Daerah Tuaran dipanggil untuk berkursus di Tang Dynasty Park Hotel, KK Sabah. Turut menyertai kami adalah guru2 dr daerah Penampang, KK dan juga dari Labuan.

Kursus ini adalah untuk mendedahkan kami kepada kurikulum baru yang bakal kami gunakan pada tahun 2010. Kursus selama 4 hari 3 malam ini sangat2 bermakna dan membantu kami kerana KSPK sangat2 baru dan kami belum mengetahui apakah perubahan2 tersebut. Ianya disampaikan oleh JU dari IPGM, JPN dan juga JU Guru sendiri...Setelah diberi pendedahan...waaaa...rupanya banyak yang berubah dan semakin sukar...mmmm..nampaknya beban guru2 pra semakin bertambah. Masa pembelajaran tidak lagi 3 1/2 jam seperti selalu tetapi telah bertambah menjadi 4 jam!! Kaedah pengajaran juga berubah..dan yang agak menyenangkan ialah kita boleh mengajar basic abjad dan nombor sehinggalah murid2 benar2 menguasainya dan barulah kita beralih kepada tema...

Disini serba ringkas tentang KSPK yang baru tu...

REKABENTUK KURIKULUM



Ada 2 ciri utama Kurikulum Prasekolah Kebangsaan iaitu :

1. Kurikulum berasaskan standard

2. Kurikulum berbentuk modular



Kurikulum Berasaskan Standard

Tujuannya adalah untuk ekuiti dan kualiti. Dimana ekuiti bermaksud semua murid diberi pendidikan yang sama dan kualiti merujuk kepada bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria @ indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan.



Kurikulum Berbentuk Modular

Merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit (dinamakan modul). 2 jenis modul diwujudkan iaitu:

1. Modul Asas - terdiri dari komponen bahasa (BM/BI/BC/BT), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik.

2.Modul Bertema - iaitu modul bersepadu yang merangkumi unsur2 dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. (modul ini dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak)



6 TUNJANG PEMBELAJARAN dalam KSPK :

  • Tunjang Komunikasi
  • Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
  • Tunjang Kemanusiaan
  • Tunjang Sains dan Teknologi
  • Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
  • Tunjang Ketrampilan Diri

Penekanan dalam Kurikulum Standard ini adalah supaya murid2 prasekolah dapat menguasai 4M bukan lagi 3M. 4M tersebut ialah :

  • Membaca
  • Menulis
  • Mengira
  • Menaakul

Peruntukan Masa Bagi Prasekolah bermula 2010

MODUL

% Peruntukan Masa

TERAS ASAS

BAHASA

BM

Fleksibel

(Awal tahun: 35 %

Akhir tahun: 25%)

BI

BC/BT

MATEMATIK

AKTIVITI LUAR

PEND. ISLAM / MORAL

BERTEMA

MODUL BERSEPADU

Fleksibel

(Awal tahun: 35%

Akhir tahun: 45%)



AKTIVITI RUTIN DAN PERBUALAN PAGI

(baca doa, makan, refleksi)

30%



Peruntukan Masa Minimum untuk Bahasa Instruktional dalam Kelas Prasekolah:

Bil.

Bahasa Instruktional

Peruntukan Masa Minimum Seminggu untuk kelas prasekolah yang bahasa pengantarnya:

(minit)

Bahasa Malaysia

Bahasa Pengantar lain

1

Bahasa Malaysia

600

400

2

Bahasa Inggeris

600

400

3

Bahasa Cina/Bahasa Tamil/Bahasa Inggeris



400



JUMLAH

1200

1200



Peruntukan Masa 1 Minggu untuk Prasekolah yang menggunakan bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia :

Bil.

Modul

Peruntukan Masa Seminggu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia (minit)

Dijalankan dalam BM

Dijalankan dalam BI

1

Rutin pagi

30

20

2

Perbualan Pagi

60

40

3

Rehat

90

60

4

Refleksi sebelum balik

30

20

5

Modul Teras Asas Bahasa Malaysia

90



6

Modul Bertema yang dikendalikan dalam BM

100



7

Modul Teras Asas Bahasa Inggeris



90

8

Modul Bertema yang dikendalikan dalam BI



330

9

Pendidikan Islam/Pendidikan Moral





10

Aktiviti Luar

40

40

11

Matematik

40



Jumlah minit seminggu

600

600



Peruntukan Masa Seminggu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan Bahasa Malaysia :



Bil.

Bidang Pembelajaran

Peruntukan Masa Seminggu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan BM

(minit)

Dijlnkan dlm BM

Dijlnkan dlm BI

Dijlnkan dlm BC/BT

Jumlah

1

Rutin pagi *

10

20

20

10 x 5 = 50

2

Perbualan Pagi

20

40

40

20 x 5 = 100

3

Rehat

30

90

30

30 x 5 = 150

4

Refleksi sebelum balik

10

20

20

10 x 5 = 50

5

Modul asas BM

90





90

6

Modul bertema** yang dikendalikan dalam BM

200





200

7

Modul asas BI



90



90

8

Modul bertema** yang dikendalikan dalam BI



140



140

9

Modul asas BC/BT





90

90

10

Modul Bertema yang berunsurkan Pendidikan Moral yang dikendalikan dalam BC/CT /Pendidikan Islam





120

120

11

Permainan Luar ( satu hari dalam BM, satu hari dalam BI)

40



40

80

12

Matematik





40

40

Jumlah minit seminggu

400

400

400

1200



* Rutin Pagi :

Aktiviti rutin adalah penting dalam pendidikan prasekolah. Aktiviti rutin merangkumi aktiviti seperti pengurusan diri, perbualan pagi, refleksi sebelum balik, membaca doa dan makan semasa rehat. Aktiviti rutin mengambil lebih kurang 30% daripada masa prasekolah. Kandungan dalam aktiviti rutin pula merangkumi kesemua tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).





credit to: http://permatabestariskb.blogspot.com/