Saturday, October 16, 2010

Sistem pendidikan dirombak

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sistem pendidikan negara akan dirombak dengan penekanan diberi kepada daya pemikiran, sahsiah diri, kreativiti, inovasi serta daya saing yang tinggi.

Bagi tujuan itu Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan sudah meluluskan dana sebanyak RM6.4 bilion bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, peralatan serta memartabatkan profesion guru.

Pada masa yang sama beliau memberitahu, tambahan sejumlah RM213 juta turut disediakan bagi memberi ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi, pengetua, guru besar serta guru yang cemerlang.

“Kerajaan tidak akan berdikit dalam soal pendidikan dan kita juga tidak akan berkompromi dengan kualiti sistemnya. Mereka (anak-anak) akan disediakan dengan segala kelebihan untuk bersaing,” katanya semasa membentang Bajet 2011, di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Najib menegaskan, bidang pendidikan harus bersifat melangkaui fahaman politik kerana setiap anak Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum, adalah aset dan warisan masa depan negara.

Sehubungan itu katanya, kerajaan menyediakan dana pembangunan RM250 juta kepada sekolah bantuan modal agama, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, SJK Tamil, sekolah bantuan modal Mubaligh dan sekolah bantuan di seluruh negara.

“Bagi mengiktiraf Pendidikan Islam pula, kerajaan bersetuju bagi membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat sama ada rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta.

“Manakala, bagi menyediakan guru dan tenaga pengajar kompeten serta berkualiti agar dapat membimbing dan mendidik pelajar dengan baik, RM576 juta diperuntukan dalam bentuk biasiswa untuk mereka melanjutkan pengajian,” katanya.

Mengenai usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar pula, Perdana Menteri memberitahu, kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru asing dari United Kingdom dan Australia.

Sementara itu, Najib menambah, pembangunan modal insan di peringkat kanak-kanak juga tidak dilupakan apabila sebanyak RM111 juta disalurkan untuk Program Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak (Permata).

“Peruntukan ini antaranya bagi pembinaan Fasa Kedua Kompleks Sekolah Permata Pintar, membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN), membiayai operasi 52 PAPN serta meneruskan program Permata Pintar,” katanya.

Tuesday, October 12, 2010

Taklimat Modul Pentaksiran Perkembangan Murid Prasekolah





TAKLIMAT PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID PRASEKOLAH

Tarikh : 12 Oktober 2010
Tempat : Dewan PPS, Lorong Sanzac, Sembulan Kota Kinabalu Sabah
Sasaran: Semua guru-guru prasekolah dari daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang dan juga Ranau

Penceramah :

  1. En. Tajul Effendy Hassan (Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM)
  2. En. Mohd. Azahar Madar (Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM)

Pengisian Taklimat :

  1. Penjelasan tentang Modul Pentaksiran Perkembangan Murid
  2. Proses Menjalankan Pentaksiran-Kajian Tindakan, Senarai rekod2
  3. Pentaksiran Dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
  4. Bengkel/Skrip Bahasa Inggeris utk setiap slot PnP

Wednesday, October 6, 2010

Kursus Peningkatan Profesionalisme Bahasa Inggeris bagi Guru-guru Prasekolah Siri 2/2010



Kursus BI berlangsung di Borneo Paradise, Kinarut Papar selama 3 hari 2 malam bermula 4 hingga 6 Oktober 2010. Kursus ini adalah gabungan guru2 dr pelbagai daerah di Sabah, KK, Penampang, Tuaran dan juga Ranau...seronok dpt jumpa kawan2 bari dr daerah yang berlainan....

Friday, August 20, 2010

Last day practical --->PISMP IPGM Kent


Rasanya mcm kejap je masa berlalu, 2 org pelatih guru PISMP IPGM Kent telah tamat praktikal Fasa II... banyak kenangan semasa mereka menjalani latihan praktikal di sini...

Monday, August 9, 2010

Good Bye Cikgu Rosidah and Cikgu Juarah



Perhimpunan arini merupakan pehimpunan yang terakhir bagi 2 org guru SK Laya-laya, mereka akan berpindah pada minggu ni, Cikgu Rosidah ke SK Mengkabong sementara Cikgu Juarah, PK 1 kembali ke Papar....hilang sorang kawan yg sama2 mula berkhidmat di SK Laya-laya, juga rakan sebatch di Kent...Gud bye..selamat maju jaya di sekolah baru...